Proses pengusiran PATI kurang memuaskan - Laporan Ketua Audit Negara

T K Letchumy Tamboo
Julai 31, 2017 15:45 MYT
Pelaksanaan proses pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kurang memuaskan.
Pelaksanaan proses pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kurang memuaskan.
Ini antara penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut laporan itu, Jabatan berkenaan gagal menyenaraihitamkan PATI yang telah diusir dalam sistem myIMMs dan kontrak pentadbiran yang tidak cekap.
Bagi memastikan pengurusan pengusiran PATI dan depot tahanan dapat dilakukan dengan cekap, laporan itu, antara lain, mengesyorkan Jabatan Imigresen Malaysia memastikan semua PATI yang telah diusir disenaraihitamkan dalam sistem myIMMs untuk mengelakkan mereka memasuki negara semula.
Laporan itu turut mengesyorkan pentadbiran kontrak mematuhi arahan yang ditetapkan dan kajian semula terhadap klausa kontrak dilaksanakan bagi memastikan kepentingan kerajaan terjamin.
#abatan Imigresen Malaysia #Laporan Ketua Audit Negara #pati
;