Proses bawa keluar rangka pesawat Hawk 108 ambil masa dua hingga tiga hari
Hakim Rahman
Jun 19, 2017 09:04 MYT
Jun 19, 2017 09:04 MYT
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata apabila rangka utama itu dikeluarkan ia memudahkan lagi usaha mengenalpasti punca nahas.
Proses bagi mengeluarkan rangka utama pesawat tempur Hawk 108 M40-02 dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata apabila rangka utama itu dikeluarkan ia memudahkan lagi usaha mengenalpasti punca nahas.
Katanya selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM akan membuat lakaran kemungkinan keadaan sebenar pesawat berkenaan yang terhempas di kawasan berkenaan.