Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar

Irfan Faruqi
Jun 5, 2024 23:23 MYT
Shahrul Bahyah berkata dasar bersepadu perlu diperkenalkan untuk memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih lancar. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.

Ringkasan AI
  • Prosedur Pemeriksaan Kesihatan yang Kompleks untuk Warga Emas: Terutamanya dalam sektor swasta, sangat menyusahkan warga emas. Mereka sering menghadapi pemeriksaan kesihatan yang terlalu kompleks, termasuk ujian yang tidak perlu. Dasar Kesihatan Bersepadu Diperlukan: Perlunya pendekatan bersepadu yang melibatkan sektor awam, swasta, dan komuniti setempat. Ini akan memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih lancar.
  • Cabaran dalam Penjagaan Kesihatan yang Menyeluruh: Cabarannya terletak pada mencipta sistem yang memenuhi keperluan pelbagai segmen populasi dengan keperluan kesihatan yang berbeza. Isu termasuk prosedur penerimaan hospital, pemantauan selepas keluar dari hospital, dan rehabilitasi.

Konsultan Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof. Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata, dasar bersepadu perlu diperkenalkan melibatkan sektor awam, swasta dan komuniti setempat untuk memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih lancar.
“Apa yang berlaku ketika ini khususnya dalam kalangan pesakit saya yang lebih berusia yang berdepan isu hilang ingatan ialah mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan kesihatan yang terlalu kompleks termasuk pemeriksaan yang dibuat-buat, sebelum mereka datang bertemu kami.
“Pada masa tersebut pesakit telah melabur masa dan berbelanja sangat banyak untuk rawatan alternatif, dan penyiasatan kesihatan di fasiliti swasta yang sepatutnya perlu dikawal selia dengan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas ‘menyeksakan’, perlu dasar bersepadu - Pakar
Tambah Shahrul Bahyah, negara memerlukan sistem penjagaan kesihatan yang menyeluruh termasuk rehabilitasi dan penjagaan pasca rawatan.
Namun ujarnya, cabaran yang ketara ketika ini ialah kesedaran untuk mewujudkan sistem seumpamanya meliputi pelbagai segmen masyarakat yang mempunyai keperluan rawatan yang pelbagai.
"Kita ada terlalu banyak segmen (populasi) yang memerlukan penjagaan kesihatan. Ini menyebabkan kelancaran perkhidmatan sukar dicapai, termasuklah prosedur dimasukkan ke hospital, pemantauan selepas discaj dalam komuniti dan rehabilitasi.
“Contohnya jika anda menghidap strok. Anda masuk ke wad kecemasan untuk rawatan selama beberapa hari, kemudian dibenarkan pulang ke rumah. Tidak ada doktor yang akan memantau kesihatan anda di rumah kecuali jika ada perhubungan susulan.
“Tidak ada akses dan kesedaran untuk lakukan rehabilitasi. Saya positif usaha ke arah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh ini akan tercapai,” ujarnya.
Agenda AWANI: Enhancing social protection and wellbeing in Malaysia
#persaraan #warga emas #negara menua #kesihatan
;