Projek UM jana tenaga elektrik daripada air kumbahan dapat pengiktirafan antarabangsa

Astro Awani
November 29, 2017 06:34 MYT
Penyelidikan berkenaan bertujuan bagi mencari penyelesaian kepada masalah bekalan tenaga elektrik di kawasan pedalaman Malaysia
Projek hasil penyelidikan bersama Universiti Malaya dan Universiti Cambridge, UK berjaya menerima anugerah antarabangsa Newton Prize yang bernilai RM635,000.
Projek berkenaan bertujuan bagi mencari penyelesaian kepada masalah bekalan tenaga elektrik di kawasan pedalaman Malaysia.
Melalui projek yang bertajuk ‘Integrating Algal Biophotovoltaics for Bioelectricity Production with Agro-industrial Wastewater Remediation using Tropical Algae’, penyelidik berjaya membangunkan prototaip sel bahan bakar mikrobio bersepadu mengunakan alga daripada air kumbahan.
Inovasi terbaharu ini bermatlamat menyediakan tenaga eletrik dan air bersih di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pesuruhjaya Britain ke Malaysia Vicki Treadell dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof. Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid kepada Ketua Penyelidiknya, Professor Phang Siew Moi dari UM, yang juga menerimanya bagi pihak Ketua Penyelidik Bersama Dr. Adrian Fisher dari Universiti Cambridge.
#Britain #cambridge #Dr Adrian Fisher #London #Newton Prize #Pesuruhjaya Britain ke Malaysia #Phang Siew Moi #Prof Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid #UK #UM #United Kingdom #universiti malaya #Vicki Treadell
;