Projek Sukarelawan Universiti Awam dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Putrajaya pada Jumaat.

Program yang bermatlamat memberi pendedahan serta latihan kepada mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran insaniah mereka membabitkan lebih 2,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam Malaysia.

Sebanyak 27 program dijalankan di seluruh negara melibatkan program sukarelawan banjir, membantu gelandangan dan juga memberi pendedahan kepada anak yatim.

Majlis pelepasan peserta serta pemberian sijil turut disempurnakan oleh Idris Jusoh di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.

Dalam majlis sama, Idris turut membuat pertemuan dengan pendebat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan debat antara universiti Cambridge (Cambridge IV).

Beliau turut meluangkan masa untuk mendengar perdebatan yang dijalankan antara peserta dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan Universiti Teknologi Mara pada Jumaat.