GEORGE TOWN:Kerajaan Negeri Pulau Pinang menangguhkan projek perintis pembangunan semula kawasan bandar untuk membina semula perumahan kos rendah berusia 50 tahun di negeri ini berikutan pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata fasa pertama projek perintis itu, yang melibatkan penggantian 300 unit Rumah Pangsa Mahsuri di Bayan Baru kepada pangsapuri baharu, pada awalnya dijadual bermula akhir tahun ini.
"Bagaimanapun, ekoran COVID-19, rancangan untuk memulakan projek pembangunan semula itu telah terhenti," katanya dalam satu sidang media di sini pada Isnin.
Katanya Pulau Pinang sepatutnya mengetuai inisiatif pertumbuhan semula bandar kerana tidak ada undang-undang yang dilaksanakan untuk skim seperti itu dan Akta Hak Milik Strata tidak memperuntukkan pembangunan semula seumpamanya.
"Buat masa ini, kami hanya dapat membetulkan masalah struktur untuk skim perumahan yang berusia secara ad hoc kerana kita belum dapat memulakan projek pembangunan semula bandar," katanya.
Beliau berkata projek perintis itu juga melibatkan empat unit perumahan lain, iaitu di Taman Free School, Rifle Range, Jalan Siakap dan Jalan Mak Mandin.
Sementara itu, Jagdeep juga berkata perunding bebas telah dilantik untuk meninjau dan menilai keretakan besar di salah satu rumah pangsa di Taman Free School.
"Kami menjangkakan perunding akan memberi maklum balas kepada kami dalam tempoh dua minggu dengan laporan penuh, dan kami akan terus memantau keadaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Jagdeep juga berkata perunding bebas telah dilantik untuk meninjau dan menilai keretakan besar di salah satu rumah pangsa di Taman Free School. - Gambar fail
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.