JITRA: Tiada sebarang salah laku dalam projek ladang durian di Gunung Inas, Baling.
Itu penjelasan Pengarah Perhutanan Kedah, Muhamad Abdullah menjawab pertanyaan banyak pihak mengenai status projek berkenaan susulan kejadian banjir dan kepala air yang melanda Baling baru-baru ini.
Menurut Muhammad, hasil rekod pihaknya mendapati, syarikat yang memajukan ladang raja buah itu tidak melakukan sebarang kesalahan berikutan projek itu dilaksana selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum 2019.
Beliau turut memaklumkan, siasatan sedang dilakukan pihaknya bagi memastikan sama ada syarikat terbabit mematuhi jenis tanaman mengikut kelulusan yang diberikan di bawah laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) atau bertindak menukar tanaman berkenaan.
Namun, katanya, projek terbabit mempunyai laporan EIA dan diluluskan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan.
“Tapi saya akan semak dulu, data itu tidak ada di tangan saya sekarang, saya akan periksa dahulu. Ia tiada salah laku kerana semua (kelulusan projek) adalah keputusan kerajaan negeri, kena ada kelulusan kerajaan negeri, kalau kerajaan negeri benarkan, tak adalah salah laku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 di Tasik Darulaman, di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sebelum ini penduduk mendakwa projek ladang durian yang dilaksana di puncak Gunung Inas menjadi punca berlakunya bencana kepala air dan banjir lumpur pada 4 Jun lalu, sehingga menjejaskan kehidupan lebih 800 penduduk dan mengorbankan tiga nyawa.
Dalam perkembangan sama, Muhammad berkata, buat masa ini syarikat terbabit diarah menghentikan sebarang kerja penanaman melalui dua surat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) yang dikelurkan pada Disember 2020 dan Mac 2021.
Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya dimaklumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan semua kerja berkaitan projek itu dihentikan sepenuhnya pada Julai 2020.
Beliau berkata, JPNK juga dalam proses berbincang bersama kerajaan negeri bagi menentukan jenis tanaman yang perlu ditanam di kawasan puncak Gunung Inas yang didapati masih terbuka.
Sementara itu, beliau memaklumkan, laporan lengkap berkaitan kejadian bencana dan siasatan penuh yang dilakukan JPNK berkaitan keadaan Gunung Inas akan diserahkan kepada Menteri Besar pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah esok (Isnin).
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 17 2022
Tinjauan udara yang menunjukkan keadaan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi di Baling, Kedah yang dilanda banjir baru-baru ini. - Gambar fail BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.