Projek Jana Wibawa: 2 termasuk pemimpin kanan politik didakwa pada Selasa
Astro Awani
Februari 20, 2023 00:12 MYT
Februari 20, 2023 00:12 MYT
KUALA LUMPUR: Dua individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Selasa berhubung kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Menurut sebuah portal berita, kedua-dua individu terbabit masing-masing merupakan seorang pemimpin kanan parti politik dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat.
Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada Isnin malam.
Dipercayai pemimpin kanan parti politik berkenaan merupakan seorang Ahli Parlimen yang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM sebelum itu.S
Bagaimanapun setakat ini SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan terbabit.