Projek 'jambatan bengkok' diteruskan semula?

Diyana Ibrahim
Oktober 16, 2018 18:16 MYT
Osman tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan semula projek kontroversi jambatan bengkok yang menghubungkan negeri itu dan Singapura. - BERNAMA/Fail
Menteri Besar Johor, Osman Sapian tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan semula projek kontroversi 'jambatan bengkok' yang menghubungkan negeri itu dan Singapura.
Beliau berkata cadangan untuk melaksanakan semula projek itu telah dibangkitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
"Ia kehendak Tun (Dr Mahathir) di mana dulu dia suruh Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu buat, Datuk Seri Najib Razak tak mahu buat.
"Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu jambatan diteruskan saya hanya ikut," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
BACA: Apa yang kita tahu tentang 'jambatan bengkok'?
Osman berkata pelaksanaan semula projek ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan di negeri itu.
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah menjadi kontroversi kerana wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib.
Mengikut perancangan asal, jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
BACA: Dr Mahathir pernah minta bina jambatan bengkok - Najib
BACA: Tun M dakwa Najib janji bina jambatan bengkok
#Abdullah Ahmad Badawi #jambatan bengkok #Jambatan Indah #Mahathir Mohamad #Menteri Besar Johor #Najib Razak #Osman Sapian
;