KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memaklumkan tiada sebarang pengambilan tanah dibuat setakat ini melibatkan kawasan Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang bagi tujuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menterinya, Anthony Loke berkata sebarang pengambilan tanah memerlukan proses tertentu, dan jika ia telah dibuat, sudah tentu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengeluarkan notis pemakluman rasmi kepada penduduk yang terlibat.
Selain itu, beliau menegaskan pampasan yang setimpal akan diberikan bagi setiap pengambilan tanah penduduk.
"Kalau belum dimaklumkan, mungkin tapak tanah itu tidak diambil. Jadi tak payah (dengar) apa-apa khabar angin.
"Kalau betul ia diambil, mereka akan dimaklumkan... jadi tak perlu bimbang. Saya dah sentiasa mengingatkan pihak MRL dan pihak MRL, sebuah agensi yang telahpun bertahun-tahun (mengendalikan projek) dan bukannya syarikat baharu," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab celahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menurut Dr Halimah, sekurang-kurangnya 90 buah rumah Taman Sungai Sireh didakwa akan dirobohkan dan ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk.
Beliau turut difahamkan, aduan telah dibuat dan penduduk mendakwa belum menerima sebarang pemakluman secara bersemuka oleh pihak berkaitan berhubung isu pengambilan tanah bagi projek ECRL melibatkan jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang.
"Mereka mohon bertemu dengan pihak berwajib untuk pastikan rumah mereka yang kena (ambil tanah), (adakah) perlu ke mereka pindah, ada ke jajaran baharu atau berapa pampasan diberikan sekiranya tempat mereka tidak dapat dielakkan?," katanya.
Menjawab lanjut, Loke (PH-Seremban) berkata sekiranya benar tanah penduduk di kawasan berkenaan telah diambil, kementerian akan melakukan semakan dan memastikan MRL bertemu dengan mereka yang terkesan.
"Pampasan sudah tentu setimpal dengan penilaian.
"Prinsip ganti rugi yang digunakan sepanjang jajaran adalah tidak pilih kasih dan adil. Semua pampasan tanah sudah tentu berdasarkan penilaian yang dibuat oleh juru penilaian (tanah)," tambah Loke.
Pada 29 Julai lalu, MRL memaklumkan proses pengambilan tanah di sekitar Taman Sungai Sireh, hanya akan bermula setelah semua proses dan prosedur undang-undang yang selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960, dilaksanakan.
Selain itu, proses pengambilan tanah di kawasan tersebut, juga akan mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan prosedur yang adil diberikan kepada semua pihak terlibat.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 19 2023
Anthony berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengeluarkan notis pemakluman rasmi kepada penduduk yang terlibat jika pengambilan tanah dibuat. - Foto/Jabatan Penerangan
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20
Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.
Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
Batal pendaftaran VEP boleh dibuat dalam talian - Anthony Loke
Pembaharuan VEP boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu menunggu tag VEP sedia ada tamat tempoh.
Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke
Jajaran bagi Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan.
Penggabungan MAVCOM-CAAM tiada kaitan urusan penjualan saham MAHB - Loke
Loke berkata secara dasar langkah penggabungan MAVCOM-CAAM telah dipersetujui sejak tahun 2019 dan ia tidak dilakukan baru-baru ini.
Tiada kelulusan SPM boleh mohon jadi tenaga pengajar institut memandu - Anthony Loke
Loke mengumumkan individu berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar di institut memandu (IM) namun tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberikan kelonggaran.
Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.
Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke
Sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O' bakal berdepan pembatalan lesen pengoperasian serta-merta.
Pelaksanaan kabotaj kembali suburkan industri perkapalan di Sarawak - Loke
Loke berkata pelaksanaan semula kabotaj untuk Sarawak dapat tingkatkan daya saing syarikat perkapalan tempatan di wilayah itu.