Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan Projek Demonstrasi 5G atau 5GDP sebagai pendekatan baharu bagi persiapan negara untuk menghadapi kemunculan teknologi baharu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata pendekatan baharu itu ialah untuk membenarkan lebih banyak projek demonstrasi dijalankan bagi membolehkan ujian teknologi dan proses merekayasa.
"Ia juga membolehkan perancangan lebih teratur dalam mengutamakan ketersediaan sumber-sumber spektrum dan rangkaian boleh dilancarkan secara bersasar agar kos yang dibelanjakan adalah optimum bagi memastikan perkhidmatan baharu adalah berpatutan kepada pengguna akhir," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Gerbang Sabah di sini malam tadi.
Gerbang Sabah dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saifuddin berkata pelaksanaan 5GDP itu bertindak sebagai pemangkin dalam memupuk perkembangan ekosistem 5G secara holistik dan inklusif yang berupaya merangsang permintaan serta penerapan awal 5G di negara ini.
Selaras dengan itu, MCMC akan melaksanakan 5GDP dengan kerjasama syarikat telekomunikasi di Sabah.
Saifuddin berkata kerajaan juga memberi jaminan akan sentiasa mendengar keluh-kesah penduduk di Sabah dan mengambil pelbagai tindakan proaktif agar penduduk di negeri itu mendapat perkhidmatan komunikasi yang berkualiti serta menyeluruh.
Di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), beberapa inisiatif infrastruktur telah dikenal pasti untuk dilaksana bagi menambah baik liputan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar Sabah dari 2020 sehingga 2022.
"Dalam memastikan kesalinghubungan yang mantap, terdapat keperluan untuk melaksanakan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
"Keadaan bentuk muka bumi di Malaysia, lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak, memerlukan penggunaan teknologi yang sesuai agar liputan, kualiti pengalaman pengguna serta kos adalah berpatutan selain perkhidmatan yang mampan," katanya.
Bernama
Thu Sep 17 2020
Pendekatan itu bagi membenarkan lebih banyak projek demonstrasi dijalankan untuk membolehkan ujian teknologi dan proses merekayasa. - Gambar BERNAMA
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.