Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini
Bernama
Jun 5, 2021 06:28 MYT
Jun 5, 2021 06:28 MYT
SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula Selasa ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Twitter @AmirudinShari berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan menjalankan program tersebut bagi memastikan golongan itu tidak tertinggal dalam menerima vaksin.
Menurut beliau program berkenaan ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat jagaan berlesen (di bawah Akta 506 dan Akta 586) serta pusat jagaan swasta tidak berlesen.
"Ia melibatkan sebanyak 68 pusat jagaan OKU dan 1,893 penghuni serta penjaga bersetuju menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program ini," katanya pada Sabtu.
-- BERNAMA
#OKU
#warga emas
#suntikan
#vaksin
#program vaksinasi
#Amirudin Shari
#COVID-19
#JKNS
#Program Outreach Vaksinasi