Program Subisidi Petrol dilaksana 1 Januari 2020

Bernama
Oktober 7, 2019 14:00 MYT
Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut. - Gambar hiasan/BERNAMA
Program Subisidi Petrol akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Melalui program itu, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali, katanya.
Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal, katanya pada sidang media mengenai Program Subsidi Petrol di sini hari ini.
Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut, katanya.
--BERNAMA
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna #Program Subisidi Petrol #RM30 sebulan #Saifuddin Nasution Ismail #subsidi #subsidi petrol
;