KUALA LUMPUR: Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
Menurut sekretariat penganjur, lebih 230,000 orang hadir sepanjang tiga hari program yang bermula Jumaat lepas di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Angka kehadiran pengunjung itu adalah petunjuk jelas bahawa program itu bukanlah sesuatu yang membazir, sebaliknya berjaya memudah cara urusan kerajaan dengan rakyat kerana menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di satu lokasi.
Genap setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, penganjuran program berkenaan tepat pada masanya kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi setiap kementerian dan membuat cadangan bagi sebarang perkara yang dirasakan perlu.
Pendekatan program sebegini yang menghimpunkan semua kementerian 'di bawah satu bumbung' sememangnya satu langkah sesuai kerana menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.
Lebih menarik, penganjuran Jualan Mega MADANI yang menawarkan harga barangan 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran turut membantu menjimatkan kos perbelanjaan orang ramai.
Selain itu, diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya menjadi tumpuan ramai, malah ada yang sanggup datang seawal 6 pagi.
Pemilihan lokasi juga sangat strategik kerana pengunjung yang tidak mahu pening memikirkan soal parkir, mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil yang terletak berdekatan tapak program.
Bertitik tolak daripada kejayaan cemerlang itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diteruskan di peringkat negeri dengan Selangor bakal menjadi tuan rumah pertama penganjuran pada Januari depan.
Tujuannya tidak lain tidak bukan, pastinya untuk memberi peluang kepada rakyat di setiap negeri membuat penilaian mengenai Kerajaan Perpaduan bagi menambah baik lagi 'report card' setiap kementerian.
Perdana Menteri ketika berucap menutup program berkenaan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan menyatakan ia dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha padu jemaah pimpinan masyarakat MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegur sapa dengan pengunjung ketika melawat ruang pameran agensi dan kementerian selepas majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPT tawar 24,500 tempat pengajian sempena program setahun bersama Kerajaan MADANI
Ia bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula esok hingga 10 Dis ini.