Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Israr Khalid
Mac 28, 2024 09:10 MYT
Mac 28, 2024 09:10 MYT
KUALA LUMPUR: Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR edisi ke-14 anjuran MyCEB melabuhkan tirainya dengan sebuah inisiatif menyenangkan yang dianjurkan di Institut Kanser Negara anjuran Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
Acara tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk berhubung dengan komuniti, bertujuan menyemarakkan semangat para pesakit kanser dan pasukan perubatan di pusat tersebut sambil memupuk penyatuan dan sokongan dalam komuniti.
Lawatan tersebut menyaksikan 13 pegawai MyCEB turun padang mengagihkan hamper mengandungi snek sihat kepada 100 orang pesakit dan 30 orang pengamal perubatan.
“Dengan berakhirnya edisi pertama daripada banyak lagi inisiatif berimpak daripada MyCSR bagi tahun 2024 ini, kami amat tergerak dengan semangat solidariti dan belas yang dipamerkan ketika acara ini.
“Di MyCEB, kami kekal komited kepada etos kami berkenaan hubungan dengan komuniti, berusaha untuk membangkitkan semangat mereka yang memerlukan dan mengasuh rasa kebersamaan dalam masyarakat.
“Pengalaman merendah diri ini mengingatkan kami tentang betapa beruntungnya kita sebagai yang sihat dan berdaya, dibanding dengan para pesakit di sini yang sedang berjuang dalam pertarungan paling sukar dalam hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Azman Tambi Chik.
Tambah beliau lagi, mereka hadir untuk memberi sokongan secara fizikal dan mental supaya para pesakit tahu mereka tidak sendirian dalam perjuangan masing-masing.
Kehadiran para pegawai MyCEB juga sebagai tanda terima kasih kepada para petugas perubatan yang tanpa lelah mendedikasikan hidup mereka untuk menyelamatkan nyawa manusia lain.
Inisiatif tersebut selaras dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) MyCEB di mana badan itu bermatlamat untuk meninggalkan impak jangka panjang yang positif kepada kehidupan para pesakit kanser dan petugas perubatan di Institut Kanser Negara.
Setakat ini, program MyCSR telah menyentuh 395 jiwa sejak dimulakan pada 2018, di mana mereka memberi komitmen empat jam waktu kerja amal setiap tahun dan MyCEB akan terus melaksanakan pelbagai lagi inisiatif dengan hasil yang boleh diukur, mempamer komitmennya untuk mengekalkan impak sosial.