Program Pembersihan Laut Dalam di Sabah

Astro Awani
April 5, 2013 08:30 MYT
Seramai 139 penyelam dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Program Pembersihan Laut Dalam terpanjang berterusan selama 168 jam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Sabah.
Anjuran Astro, cabaran yang pertama seumpama itu akan berlangsung bermula esok (Sabtu) hingga 13 April ini, dalam usaha untuk mencatatkan nama dalam Guinness World Records.
Usaha membersihkan sampah sarap di dasar laut itu adalah sebagai Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Astro.
Berlangsung selama tujuh hari, aktiviti pembersihan akan dijalankan di 14 tapak menyelam di sekitar Taman Marin Tunku Abdul Rahman tanpa henti selama 168 jam.
Ia bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pemuliharaan marin yang menjadi habitat kepada hidupan laut.
Program Astro Kasih Beautiful Malaysia dianjurkan buat kali kedua di Sabah selepas kejayaan Program Astro Kasih memindahkan 777 batu karang di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna pada 2011.
Program berkenaan berjaya memecahkan Buku Rekod Malaysia bagi bilangan terbanyak batu karang individu dipindahkan.
#139 penyelamat #Program Pembersihan Laut Dalam #Sabah
;