Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bina keyakinan wanita
Astro Awani
Januari 18, 2024 12:15 MYT
Januari 18, 2024 12:15 MYT
KUALA LUMPUR: Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bukan hanya memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tetapi juga memperkasakan golongan wanita melalui pembinaan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan.
Menurut pempengaruh (influencer) dan pembimbing modul bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi, Nana Mahazan, melalui program ini, peserta bukan sahaja mendapat inspirasi untuk mencuba sesuatu yang baru tetapi juga dapat menjadi sumber inspirasi bagi orang di sekeliling mereka.
“Saya membayangkan pada masa depan, komuniti wanita akan menjadi lebih teguh dan pebuh keyakinan yang saling menyokong.
“Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® memperolehkan platform yang bersumber untuk golongan wanita dalam perkongsian pengalaman, pertukaran idea dan pertumbuhan bersama untuk mencipta impak positif yang berkekalan dalam masyarakat Malaysia,” katanya ketika ditembubual dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Kulinari MAGGI, Ida Low berkata Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dilancarkan pada tahun 2020 bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan golongan wanita agar mereka berani keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru.
“Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® juga menyediakan Bengkel Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dijalankan dengan usahasama Google, TikTok, dan Meta,
“Ia bagi membantu meningkatkan keyakinan diri wanita, mengasah kemahiran memasak dan membantu mereka menjadikan makanan sebagai sumber pendapatan,” jelas Ida.
Dalam masa yang sama, Bengkel Digital juga disediakan untuk membantu dalam mendigitalisasikan perniagaan peserta melalui penciptaan kandungan digital berkaitan makanan.
Resipi Berani MAGGI® pula adalah rancangan televisyen daripada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® yang mendokumenkan transformasi diri bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana untuk mencuba sesuatu yang baharu dan perkasakan diri melalui makanan.
Tonton Musim ke-3 Resipi Berani MAGGI® secara langsung bermula 14 Januari hingga 4 Februari atau di saluran YouTube MAGGI® Malaysia.