Program kesedaran perlu digalak bagi perangi rasuah

Astro Awani
Ogos 12, 2013 11:00 MYT
Usaha menggalakkan perbincangan mengenai isu integriti dan menyalahgunakan kuasa perlu diberi diberi penekanan bagi memerangi rasuah.
Selain itu media juga perlu memberi kesedaran mengenai impak negatif gejala berkenaan kepada negara.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan perlu membangunkan kesedaran sivik bagi memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti di kalangan rakyat.
Selain itu meningkatkan kemudahan rakyat terutama di luar bandar mendapat maklumat dan memahami isu rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk nilai positif dalam kalangan guru pelatih supaya mereka dapat menyampaikan nilai yang baik kepada pelajar.
Tambahnya, tenaga pengajar juga akan membantu membawa kempen anti rasuah ke sekolah dan mengajar pelajar mereka membenci rasuah.
Bagi memerangi rasuah dengan berkesan nilai moral etika dan integriti perlu diterapkan kepada golongan muda apabila mereka berada di bangku sekolah .
#SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Tan Sri Lee Lam Thye
;