Program keagamaan di kediaman Anwar amalan sejak enam bulan lalu

Azyyati Ahmad
Julai 21, 2019 23:44 MYT
Anwar Ibrahim bersama tetamu di majlis alunan zikir, berselawat dan bacaan Yasin di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Sejak enam bulan lalu, kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut, di sini tidak pernah lekang dihadiri jemputan yang terdiri daripada kalangan agama, ilmuwan, ahli keluarga dan penyokong pemimpin itu.
Mereka berhimpun di situ pada setiap Ahad malam menghadiri acara alunan zikir, berselawat serta bacaan Yassin.
Di majlis keagamaan ini juga, tetamu menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak.
Pada Ahad, suasana yang sama terlihat di kediaman Anwar.
Ahli Parlimen Port Dickson itu meraikan tetamu seperti enam bulan lalu.
Acara itu, kata Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, merupakan program keagamaan yang tidak perlu dipolitikkan.
Kehadiran tetamu yang memenuhi kediaman Anwar adalah tanda semuanya bersatu memakmurkan majlis keagamaan itu.
#Anwar Ibrahim #majlis zikir dan selawat #PKR #Presiden PKR #Segambut #Zikir dan Selawat Nurul Anwar
;