Program jelajah 'Gempak Keluarga Felda' bermula

Astro Awani
Ogos 1, 2015 14:09 MYT
Penganjuran program terbabit, astro akan mewujudkan zon-zon berbeza bagi menampilkan kepelbagaian, variasi serta bersesuaian mengikut setiap peringkat umur kanak-kanak sehingga golongan dewasa. - Gambar Astro AWANI
Program jelajah anjuran bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings, Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings, ‘Gempak Keluarga Felda’ membuka tirainya hari ini di Tapak Bazar Melayu@Kemboja, Pendang, Kedah.
Ia adalah antara 10 lokasi utama program rancangan Felda itu yang bermula Ogos.
Program jelajah tersebut mensasarkan kumpulan pelanggan dalam kalangan komuniti Felda dan daerah di sekitarnya dan bertujuan mengetengahkan usahawan generasi Felda selain memperkenalkan produk-produk mereka di lokasi berdekatan bandar-bandar utama.
Sepanjang program yang berkonsepkan Salam Muslim itu, Astro telah mengatur pelbagai aktiviti menarik.
Menerusi penganjuran program terbabit, astro akan mewujudkan zon-zon berbeza bagi menampilkan kepelbagaian, variasi serta bersesuaian mengikut setiap peringkat umur kanak-kanak sehingga golongan dewasa.
Program jelajah yang juga antara inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat Felda, akan meneruskan penjelajahannya di tanah rancangan termasuk Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015, diikuti Felda Wilayah Trolak (Perak), Felda Wilayah Raja Alias (Negeri Sembilan), Felda Wilayah Segamat (Johor), Felda Wilayah Kuantan (Pahang).
#Astro Malaysia Holdings #Felda #felda global ventures #Gempak Keluarga Felda #Salam Muslim #Stadium Mini
;