Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melaksanakan Program Pemeriksaan Elektrikal GiatMara bagi memeriksa pendawaian elektrik secara percuma di rumah penduduk kampung.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementerian itu dimulakan di dua kampung di kawasan Parlimen Bera iaitu Kampung Bohor Baru dan Kampung Bukit Serdang selama tiga hari bermula Jumaat lepas membabitkan 232 buah rumah.
"Pelajar dan tenaga pengajar GiatMara dalam bidang pendawaian elektrik terlibat dalam program ini untuk membuat pemeriksaan di rumah penduduk kampung tersebut.
"Kita memperuntukkan maksimum RM1,000 bagi setiap rumah untuk membaiki pendawaian elektrik yang rosak di rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan di Kampung Bohor Baru, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi GiatMara Datuk Azian Osman.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata selepas pelaksanaan program di kawasan Parlimen Bera, ia akan diteruskan di Machang, Kelantan.
Beliau berkata program itu akan diperluaskan di seluruh negara pada tahun depan dalam usaha membantu penduduk kampung meningkatkan keselamatan daripada aspek pendawaian elektrik agar tidak berlaku kejadian lintas pintas sekali gus kebakaran.
"Program ini dapat membantu penduduk kampung meningkatkan mutu keselamatan di rumah mereka, sebab kemungkinan ada juga yang tidak pernah memeriksa keadaan pendawaian elektrik di rumah mereka," kata Ismail Sabri.
Pada program hari ini, GiatMara turut menyediakan perkhidmatan menukar minyak pelincir (minyak hitam) untuk motosikal penduduk sekitar secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016

Program CSR itu dimulakan di dua kampung di kawasan Parlimen Bera iaitu Kampung Bohor Baru dan Kampung Bukit Serdang selama tiga hari bermula Jumaat lepas membabitkan 232 buah rumah. - Gambar hiasan/Pixabay.com
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

GK Bio kongsi keceriaan bersama warga emas, tingkat kesedaran tentang penjagaan awal kesihatan
GK Bio International Sdn. Bhd. (GK Bio), berkongsi kegembiraan bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras menerusi sumbangan bekalan makanan, keperluan asas dan suplemen kesihatan.

Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.

NGO, korporat disaran bantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan, Aidilfitri
KPWKM menyeru lebih banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk mengambil peluang membantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

KKR mahu laporan terperinci insiden buruh maut tertimbus tanah di CSR, Kuala Lipis
Ia bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit.

Sektor korporat, perniagaan digalak perhebat inisiatif CSR - Aaron
Usaha ke arah merealisasi agenda perpaduan negara boleh dimulakan melalui kerjasama strategik melibatkan penajaan acara pertukaran budaya.

Pemimpin perlu komited capai SDG - Wan Azizah
Negara perlu memastikan mempunyai pemimpin yang komited dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagaimana ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama mula dibuka 25 Jun - Abdul Rahman
Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) akan mula dibuka kepada pengguna pada 25 Jun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.