Program Food Bank Siswa beri manfaat kepada pelajar
Adie Sufian Zulkefli
September 15, 2019 00:22 MYT
September 15, 2019 00:22 MYT
Susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kerajaan memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini ke semua universiti.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyalurkan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan pada masa yang sama meringgankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
“Di sini model ‘food pantry’ di mana kita menerima daripada penaja-penaja dari syarikat seperti dalam ucapan tadi pihak universiti kumpulan awal ini telah mengenal pasti 350 penaja yang akan dapat manfaat pada program ini yang akan diurus sendiri oleh majlis perwakilan pelajar.
"Mereka ikut serta dalam semangat kesukarelawan bagi melegakan sedikit rakan rakan siswa,” katanya kepada pemberita selepas Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan proram itu di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.
UUM menjadi universiti ke-13 sejak Food Bank Siwsa dilancarkan.
Katanya, sebagai permulaan pada program itu, seramai 300 pelajar UUM dikenal pasti layak menerima bantuan itu.
Jelas beliau, setakat ini seramai 3,829 pelajar telah menerima manfaat itu di seluruh negara.
Saifuddin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak sebagai usaha menyelamatkan lebihan makanan dan membantu golongan yang memerlukan.
Tambahnya, sebelum ini terdapat penaja yang telah yang telah menyumbang trak untuk logistik mengangkut sayur.
#food bank
#Food Bank Malaysia
#Food Bank Siswa
#KPDNHEP
#Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
#Saifuddin Nasution Ismail
#universiti utara malaysia