MELAKA: Program Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) yang bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga berkaitan kod etika dan peraturan perundangan perniagaan akan ditumpukan di empat negeri yang melaksanakan Tahun Melawat Negeri 2024 (TMN2024).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif baharu itu adalah antara usaha bagi mengekang sikap tamak peniaga yang terlibat dalam TMN2024 iaitu di Melaka, Perlis, Perak dan Kelantan, daripada tindakan menaikkan harga atau mengaut untung pada kadar tidak munasabah.
"Antara objektifnya adalah memberikan imej baik, yang bukan sahaja kepada pengunjung domestik tetapi pelancong asing supaya mereka mempunyai keyakinan malah menjadi faktor penarik untuk datang berbelanja di Malaysia memandangkan negara ini menduduki senarai ke-12 destinasi yang paling banyak dilawati tahun lepas.
"Dalam masa yang sama, kepatuhan ini penting bagi usaha melonjakkan ekonomi setempat dan merancakkan industri pelancongan di negara kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi tinjauan dan pemantauan penguatkuasaan di Jonker Walk, Banda Hilir di sini lewat malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.
Armizan berkata sesi Biz-BERKAT juga akan dilaksanakan di semua negeri dan terpakai untuk semua bentuk perniagaan dalam usaha memastikan peniaga memahami kod etika dan perundangan perniagaan.
"Untuk itu kita akan membuat risikan dan menggunakan formula tersendiri termasuklah melalui resit-resit sebelum ini untuk mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan yang dilakukan oleh peniaga," katanya.
Dalam pada itu katanya penambahan penguat kuasa bagi melaksanakan sesi Biz-BERKAT juga akan dilakukan di empat negeri tersebut sekiranya keadaan memerlukan dengan nasihat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
"Sebagai contoh ada tempoh-tempoh tertentu pada setiap tahun kita akan menerima banyak pelancong dari China dan sekiranya negeri TMN2024 memerlukan bantuan penguat kuasa dalam tempoh tersebut bagi sesi Biz-Berkat, kita akan hantar pasukan dari Putrajaya," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata KPDN akan melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah yang melibatkan pemain industri dan swasta pada 24 Jan depan.
"Kita rancang akan lancarkan program tersebut di sini (Melaka) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 dan inisiatif tersebut adalah hasil maklum balas dan penambahbaikan Program Jualan Rahmah yang sedia ada, termasuklah kadar diskaun minimum adalah antara 10 dan 30 peratus bagi barangan yang ditawarkan,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
![Program Biz-BERKAT tumpu negeri TMN2024 banteras peniaga tamak - Armizan Program Biz-BERKAT tumpu negeri TMN2024 banteras peniaga tamak - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702297213_TBArmizanMohdAli.jpg)
Armizan berkata sesi Biz-BERKAT juga akan dilaksanakan di semua negeri dan terpakai untuk semua bentuk perniagaan dalam usaha memastikan peniaga memahami kod etika dan perundangan perniagaan. - Foto fail/BERNAMA
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824801_ArmizanMohdAli.jpg)
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
![SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737450375_ArmizanMohdAli.jpg)
SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
![Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737367688_TBPetronas.jpg)
Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.
![Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737347159_ArmizanMohdAli.jpg)
Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.
![Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736849204_tbArmizanMohdAli.jpg)
Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan
Sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November 2024.
![Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734189539_ArmizanMohdAli.jpg)
Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.
![Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734017480_ArmizanMohd.jpg)
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
![Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733891914_TBArmizan.jpg)
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
![Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733304461_tbldrusHarunMyCC.jpg)
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
![Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733209286_ArmizanMohdAli.jpg)
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.