Program Astro Kasih Beautiful Malaysia capai matlamat

Astro Awani
April 7, 2013 08:24 MYT
Jika tidak mencapai 168 jam sekalipun, usaha pembersihan dasar laut terpanjang Astro Kasih disifatkan berjaya mewujud kesedaran pemuliharaan di kalangan masyarakat.
Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Masyarakat Astro, David Yap mengorak langkah ke hadapan, pemuliharaan marin akan terus menjadi tumpuan Astro Kasih.
Ia sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro Kasih bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan marin selain menggalakkan eko-pelancongan di Malaysia.
Dia juga menperjelas rasional 168 jam sebagai cubaan mencipta Guinness World Record untuk pembersihan laut dalam terpanjang.
Program Astro Kasih Beautiful Malaysia dianjurkan buat kali kedua di Sabah selepas kejayaan program Astro Kasih memindahkan 777 batu karang di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna pada 2011.
Program berkenaan berjaya memecahkan Buku Rekod Malaysia bagi bilangan terbanyak batu karang individu dipindahkan.
Sementara itu plastik, botol dan tin minuman antara sampah paling banyak ditemui di dasar laut.
Kebanyakannya dibuang orang ramai yang tidak bertanggungjawab.
Namun lebih utama mesej yang berjaya disampaikan kepada peserta berkenaan kepentingan pemuliharaan marin.
Misi mencipta rekod untuk pembersihan laut dalam terpanjang berkenaan juga diharapkan dapat memupuk kesedaran di kalangan orang ramai mengenai penting menjaga khazanah alam semula jadi untuk generasi akan datang.
#168 jam #Astro Kasih #dasar laut #permbersihan #terpanjang
;