Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.
Prof Dr P. Ambigapathy, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.
Ambigapathy, 56, dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di pejabat USM dengan niat memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Haryatie Zainor, dengan menyerahkan dokumen iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang palsu bagi bulan Februari 2010 untuk tugasan rasminya dengan nilai sebanyak RM1,242.
Kesemua tuntutan perjalanan rasmi itu dibuat dengan menggunakan kereta sendiri jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran PJL 1292 sedangkan tertuduh sebenarnya menggunakan kereta jabatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran PHJ 6116.
Bagi pertuduhan pertama, Ambigapathy didakwa pada 10 Feb 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya bagi kerja lapangan dan mengumpul data penyelidikan yang berlangsung pada 6 hingga 8 Feb 2010.
Bagi dua lagi pertuduhan, beliau didakwa pada 7 Jun 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya untuk kajian penyelidikan di USM Kubang Kerian, Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 6 Feb 2010 dan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 7 Feb dan 9 Feb 2010.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang dari lima kali ganda atau nilai butir matan yang palsu jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Hakim Khairul Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.
Ambigapathy diwakili peguam M. Athimulan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Janariah Abdul Mutalib.
Bernama
Thu Jul 18 2013


Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.

Ibu tunggal didenda RM4,000 buat kenyataan palsu di TikTok
Wan Ainsyatul Mime Wan Yuszaidi, 26, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Siti Nurul Suhaila Baharin pada Jumaat.

Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.

Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM
Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri adalah palsu.

Bicara kes pengubahan wang haram Shafee bersambung 22 Julai
Perbicaraan kes itu yang sepatutnya memasuki hari ketiga hari ini, dilapangkan berikutan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Roger Ng akan pulang selepas 1 Jun 2021 untuk hadapi pertuduhan di Malaysia
Ng, 48, berada di New York selepas diekstradisi untuk berdepan pertuduhan yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS berhubung skandal 1MDB.

Pemuda UMNO Perak buat laporan polis terhadap posting FB portal berita
Katanya, laporan berita itu mendakwa UMNO negeri menjadi dalang gerakan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri dan bekas exco dalam isu pelantikan menteri besar baharu.

Hukuman penjara enam bulan, denda RM30,000 ke atas Adam Rosly kekal
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Adam Rosly terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 April 2018.

Menteri tidak pernah suruh petani guna jalan laut
Salahuddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan perkara itu adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Senarai serangan palsu, abang bintang kriket Australia ditahan
Polis mendakwa, Arsalan, 37 tahun, mengarang dokumen mengenai serangan itu dalam usaha memerangkap rakannya.