Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan

Astro Awani
September 25, 2019 18:53 MYT
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan CEP memberi kesan kepada dasar kerajaan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan ma memberi kesan kepada dasar kerajaan.
Bagaimanapun jelasnya, cadangan dikemukakan lima pakar ekonomi itu sebelum ini telah dibuat secara terbuka dan dibincangkan secara bersama.
"Saya rasa apa yang telah berlaku dalam CEP yang tamat 13 bulan lalu, ini sebagai sejarah. Memang kita mempunyai perkara yang terbuka dan banyak yang telah kita bincangkan.
"Sejauh mana perkara yang dibincang itu mempengaruhi dasar kerajaan itu, saya tidak tahu kerana bagaimana pula perbincangan itu dapat mempengaruhi dasar kerajaan. Ia tidak jelas," katanya dalam sidang media selepas di Menara UEM, di sini pada Rabu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan CEP pada 12 Mei tahun lalu.
Selain Prof Dr Jomo, empat pakar terkemuka yang turut menganggotai majlis itu sebelum ini ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican dan tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok.
Perdana Menteri sebelum ini berkata, laporan CEP adalah di bawah bidang kuasa dan menjadi urusan rasmi kerajaan, maka semua ahli CEP dan pegawai terbabit secara langsung tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
#CEP #ekonomi #kerajaan #Mahathir Mohamad #Majlis Penasihat Kerajaan #Perdana Menteri #Prof Dr Jomo Kwame Sundaram #Tan Sri Hassan Merican #Tan Sri Robert Kuok #Tun Daim Zainuddin #Zeti Akhtar Aziz
;