Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia
Azyyati Ahmad
Januari 14, 2022 12:44 MYT
Januari 14, 2022 12:44 MYT
KUALA LUMPUR: Pakar Penyakit Berjangkit Malaysia Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berjaya menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia.
Dr Adeeba, 57, merupakan bekas Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Pakar Dalam HIV/Aids.
Dr Adeeba, turut menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aids Malaysia dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Aids Malaysia dan Profesor Madya Tambahan di Universiti Yale.
Pada tahun 2020, beliau telah dipilih sebagai Presiden Asia pertama bagi Persatuan Aids Antarabangsa.
Turut tersenarai dalam majalah Forbes ialah Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi, Biokimia Biontech dan Naib Presiden Kanan Katalin Karikó, Naib Pengerusi Bank Of America Anne Finucane dan Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif Ark Invest, Cathie Wood.