PRN: Terengganu catat peratusan mengundi tertinggi, Kelantan terendah
Astro Awani
Ogos 13, 2023 11:25 MYT
Ogos 13, 2023 11:25 MYT
KUALA LUMPUR : Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri kali ini mencatatkan lebih 70 peratus.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi kenyataan memaklumkan, Terengganu mencatatkan peratusan paling tinggi dengan 75.79 peratus.
Ini diikuti Kedah 73.86 peratus, Pulau Pinang, 72.67 peratus dan Selangor 72 peratus.
Beliau turut menjelaskan, negeri yang mencatatkan peratusan bawah 70 peratus adalah Negeri Sembilan dengan 68.35 peratus.
Negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah adalah Kelantan dengan hanya 60.96 peratus.
Manakala bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi ialah seramai 73.34 peratus.
Untuk rekod, lebih 9.67 juta pemilih berdaftar pada PRN di enam negeri bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.