PRN Selangor: 74 permit kempen, ceramah diluluskan

Bernama
Julai 30, 2023 16:43 MYT
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata data berkenaan diperoleh hasil pemantauan yang dilaksanakan pihaknya, dengan 34 daripadanya melibatkan aktiviti kempen manakala selebihnya merupakan ceramah. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 74 permit seluruh negeri bagi mengadakan kempen serta ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata data berkenaan diperoleh hasil pemantauan yang dilaksanakan pihaknya, dengan 34 daripadanya melibatkan aktiviti kempen manakala selebihnya merupakan ceramah.
"Tiada sebarang pengesanan kempen atau ceramah tanpa permit setakat ini. Polis menasihatkan kepada calon yang bertanding dan masyarakat, sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang PRN Ke-15 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein turut mengingatkan agar calon mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) dan membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan insiden tidak diingini, sekali gus mengugat keselamatan dan ketenteraman awam.
-- BERNAMA
#PRN Selangor #permit ceramah #Polis Selangor #Hussein Omar Khan
;