PRN Sabah: Manfaatkan media sosial untuk tingkat pendapatan
Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 19, 2020 16:10 MYT
September 19, 2020 16:10 MYT
Cabang media sosial yang ada ketika ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga bagi merancakkan semula perniagaan mereka khususnya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Media sosial ternyata telah terbukti membantu melonjakkan perniagaan sebilangan besar usahawan dan bukan hanya terbatas pada pengusaha makanan semata-mata, malagh ia juga terbukti melariskan penjualan produk-produk lain seperti aksesori.
Bagi seorang peniaga barangan hiasan, Michelle Kugan, walaupun berdepan kekangan memasarkan produk secara fizikal, namun, dia berjaya memasarkannya melalui penjualan atas talian.
Katanya, media sosial menawarkan pasaran yang lebih besar selain porodujk yang dijual mudah dikenali ramai.
Bercerita mengenai permulaan perniagannya, Michelle berkata, asalnya perhiasan jualannya itu ditempatkan di sebuah kedai di Jalan Gaya, di sini.
Ketika itu, dia harus menggandakan usahanya dalam memastikan barangan jualan dibeli orang ramai.
"Dulu lebih susah (untuk menjual) sebab tiada bantuan media sosial tetapi sekarang lebih senang walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kami (peniaga) memang bergantung banyak daripada segi sosial media kerja kami sangat mudah untuk tingkatkan penjualan dan boleh menjangkau (pasaran) beberapa tempat dan kawasan lain," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Michelle yang berasal dari Kudat, perniagaan yang diusahakannya itu dimulakan dengan modal sendiri serta mendapat sokonga daripada ahli keluarga.
Katanya, pernah satu ketika, perniagaannya mengalami kemerosoton dan dia banyak menimba pengajaran di atas fasa kejatuhan itu.
Bagaimanapun, Michelle tidak pernah menyangka yang dia diberi kesempatan untuk kembali bangkit daripada kejatuhan itu.
"Ada juga saat merudum terutama sekali masa PKP, ini kerana barangan jualan saya kebanyakan (diminati) untuk pelancong dan tentu sekali saya amat mengharapkan pelancong asing (untuk membeli).
"Tetapi oleh kerana apa yang telah (pandemik COVID-19) berlaku, memang susah dan ada sedikit (masalah) untuk jana pendapatan. Mujur juga ada bantuan daripada Tekun Nasional,” katanya lagi.
Michelle juga berkata, dia kini sudah mula berasa selesa melalui pendapatan lumayan yang diperoleh ekoran daripada memanfaatkan media sosial sebagai medium utama penjualan.
Michelle turut berkongsi aspirasinya untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan iaitu setiap perkara atau pekerjaan yang dilakukan haruslah bersungguh-sungguh selain mempunyai minat mendalam.
#cerita rakyat sabah
#Jalan Gaya
#Kota Kinabalu
#Michelle Kugan
#pandemik
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih