PRN Sabah: Hajiji dan isteri mengundi di SK Serusup, Tuaran
Assim Hassan
September 26, 2020 10:35 MYT
September 26, 2020 10:35 MYT
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup di sini bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.
Beliau yang tiba jam jam 10.05 pagi, ditemani isteri, Datin Seri Julia Salag.
Hajiji membuang undi di saluran 1 di pusat daerah mengundi tersebut.
Terdahulu, seorang lagi calon, Rekan Hussein dari Parti Cinta Sabah (PCS), tiba di pusat mengundi sama pada jam 8.15 pagi.
Hajiji ketika ditemui media berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian dikelolakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“SOP dan garis panduan COVID-19 diadaptasi pihak SPR, kita sangat berpuas hati,” katanya yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.
DUN Sulaman menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Hajiji dari PN menentang Rekan dan Datuk Aliasgar Basri (Warisan).
DUN Sulaman menyaksikan 11,711 pengundi berdaftar.
#DUN Sulaman
#Hajiji Noor
#Perikatan Nasional
#PN
#PRN Sabah
#Rekan Hussein
#Sabah Memilih
#SK Serusup
#Tuaran