PRN Sabah: Golongan muda mahu isu capaian internet, infrastruktur di Sabah diselesaikan

Fareez Azman
September 26, 2020 17:01 MYT
Wakil Penampang Parlimen Digital, Shaan Gom mahukan isu capaian internet dan infrastruktur teknologi itu diselesaikan di Sabah. - Gambar Astro AWANI
Pemimpin yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Sabah perlu melihat isu infrastruktur dan capaian internet di negeri itu ditingkatkan.
Menurut Wakil Penampang Parlimen Digital, Shaan Gom, meskipun isu itu dilihat menjadi manifesto kebanyakan ahli politik yang bertanding.
Namun rakyat terutama golongan muda jelasnya mahu melihat perubahan itu berlaku demi memastikan golongan itu tidak tertinggal atau tercicir dalam zaman teknologi kini.
"Internet akses ini menjadi e-manifeso banyak digunakan ahli politik di Sabah, dari pandangan saya sekiranya kalau kita mahu Digitalised Economy (ekonomi digital), ia memerlukan infrastruktur yang mutlak.
"Kalau kita nak bercakap mengenai digitalisation ia tidak membawa maksud sekiranya kita beri akses internet kepada seluruh rakyat Sabah, tetapi jika infrastruktur tidak diambil kira," jelasnya ketika ditemubual dalam Program Awani Khas Sabah Memilih pada Sabtu.
Malah kata Shaan, Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini juga menjadi platform bagi anak muda menilai wakil rakyat yang bakal diberi mandat bukan hanya bagi sesuatu isu sahaja.
Sebaliknya, apakah sumbangan yang pernah disumbangkan oleh seseorang ahli politik atau calon itu sebelum PRN bermula.
"Ahli politik yang mengetengahkan isu capaian internet beliau mahu mendapat undi dari kalangan belia, sebab kebanyakkan golongan belia yang mengetengahkan isu ini.
"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kami terpaksa buat e-learning tapi tiada internet, itu yang kami sedang usahakan, jadi kebanyakan ahli politik mengetengahkan isu itu mendapat undian.
"Tetapi juga kami mahu lihat berapa aktif ahli politik itu sebelum PRN atau semasa berkempen tetapi sebelum PRN bermula apakah sumbangan mereka," katanya lagi.
#Belia #calon #ekonomi digital #Infrastruktur #Isu capaian internet #Manifesto #Parlimen #Penampang #perintah kawalan pergerakan #pilihan raya #pilihan raya negeri #PKP #PRN Sabah #rakyat #Sabah Memilih
;