Cadangan untuk membenarkan pesakit COVID-19 keluar mengundi seperti biasa sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini tidak wajar dipertimbangkan.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, jika dilihat daripada perspektif kesihatan awam, membenarkan pesakit COVID-19 keluar mengundi bukanlah keputusan yang bijak.
“Saya berpendapat sekiranya terdapat keputusan membenarkan prosedur operasi standard (SOP) membenarkan pesakit mengundi seperti pengundi lain, ia bukanlah keputusan yang bijak.
“Namun, sekiranya ada dalam peraturan pengundi terdapat peruntukan e-undi atau undi pos yang mengasingkan pesakit secara total dari petugas, ia mungkin alternatif yang dibolehkan.
“Dalam situasi tersebut mungkin mereka yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja yang dibenarkan,” jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas mengenai cadangan berkenaan, beliau berkata, usul itu sememangnya tidak wajar kerana boleh mendedahkan masyarakat kepada potensi jangkitan sehingga berkemungkinan melibatkan jumlah yang agak tinggi.
“Ia juga menyebabkan golongan berisiko terdedah pada komplikasi yang serius.
“Jangkitan COVID-19 mempunyai sifat kebolehjangkitan yang tinggi, lebih-lebih lagi sekiranya ia disebabkan oleh strain tertentu seperti penyebab kluster Sivagangga,” tambah Dr Malina lagi.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa pihak tertentu perlu mempertimbangkan senario semasa antarabangsa berkenaan wabak COVID-19 terutama di negara jiran seperti Filipina dan Indonesia di samping situasi wabak di peringkat tempatan terutama di Sabah.
“Situasi global terkini masih belum menunjukkan tanda reda, malah di India contohnya situasi kian bertambah buruk.
“Demikian juga di Filipina dan Indonesia; jiran terdekat Sabah. Di Malaysia, secara umum kes baru masih terus dilaporkan berlaku terutamanya di negeri Sabah,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan ruang dan SOP untuk pesakit COVID-19 mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, setiap rakyat berhak untuk mengundi walaupun dalam keadaan yang kurang sihat.
Faris Danial Razi
Sun Sep 20 2020
Jika dilihat daripada perspektif kesihatan awam, membenarkan pesakit COVID-19 keluar mengundi bukanlah keputusan yang bijak. - Gambar hiasan
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
10 Berita Pilihan - (19 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta.
SUKMA 2024: Jonah pecah rekod temasya walau sakit bahu
Atlet meningkat naik dari Sarawak Jonah Chang Rigan melakukan lontaran sejauh 17.66 meter (m) untuk meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
AWANI Ringkas: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th August 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.
SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan ramai pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menjadi benteng terakhir dalam mengekang pandemik COVID-19.
Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya - Muhyiddin
Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.
Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.
Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.
80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.
Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.
Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.
Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.
Tindakan Khairy tidak ambil vaksin Pfizer 'is a good move', patut dipuji - Pakar
Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk tidak mengambil vaksin Pfizer namun menunggu vaksin yang seterusnya disifatkan sebagai langkah strategik kerajaan.