PRN Johor: SPR adakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat

Bernama
Mac 10, 2022 21:16 MYT
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak (dua, kanan) menunaikan solat Hajat, pada majlis bacaan Yassin, doa selamat dan solat hajat yang dipimpin oleh Imam Dua Masjid Habib Hassan Al-Attas Muhammad Asyraf Hairam (kiri), di sini malam ini. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Habib Hassan Al-Attas Wadi Hassan di sini bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.
Kira-kira 70 jemaah termasuk Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak menyertai majlis berkenaan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Majlis yang dipimpin imam masjid berkenaan Muhammad Asyraf Hairam, dimulakan dengan bacaan Yasin, selawat, doa selamat dan solat Maghrib serta solat hajat.
PRN Johor pada Sabtu ini melibatkan pertembungan 239 calon di 56 kerusi DUN.
Seramai 2,597,742 pengundi adalah layak mengundi dengan 173,177 daripadanya adalah anak muda berusia 18 hingga 20 tahun, yang akan menunaikan tanggungjawab mereka buat kali pertama.
-- BERNAMA
#SPR #solat hajat #doa selamat #PRN Johor #Johor Memilih #pilihan raya negeri #bacaan Yasin #Suruhanjaya Pilihan Raya
;