KLUANG: Prosedur operasi standard (SOP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya pada hari mengundi setakat ini dilaporkan dilaksanakan dengan baik, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat tegas terhadap SOP yang ditetapkan dalam mengawal penularan COVID-19.
"SOP setakat hari ini ok...mereka (petugas SPR) lebih peka dan tegas," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di sini hari ini.
Hishammuddin juga yakin petugas SPR akan mengawasi, mematuhi dan melaksanakan semua SOP PRN Johor terhadap pengundi yang hadir menjalankan kewajipan mereka hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong itu juga melahirkan rasa kesyukuran susulan tiada sebarang laporan mengenai insiden yang tidak diingini diterima setakat hari terakhir kempen PRN Johor semalam khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dan Kahang.
Beliau juga mengakui tidak ramai pengundi yang pulang untuk mengundi seperti sebelum ini, namun berkata ia merupakan hak dan pilihan masing-masing.
Terdahulu beliau dan isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah selesai mengundi bagi memilih wakil rakyat bagi DUN Kahang di sekolah itu pada 11 pagi tadi.
Hishammuddin yang mengundi di saluran dua sempat bergurau serta beramah mesra dengan pengundi yang hadir di lokasi berkenaan termasuk merakamkan foto selfie bersama pengundi.
Turut bersama Hishammuddin, mengundi di lokasi berkenaan ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Kahang, R.Vidyananthan.
Rakyat Johor hari ini mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 56 kawasan DUN, yang melibatkan 239 calon daripada 15 parti politik yang bertanding. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas selesai mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak, hari ini. - Gambar BERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.