KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang selesai pada pukul 10 pagi Sabtu secara rasmi membuka gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Bakal diadakan pada 12 Mac ini, PRN Johor disifatkan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Mohd Izani Mohd Zain amat menarik kerana menyaksikan pertembungan antara muka baharu dan lama yang dipertaruhkan setiap parti politik.
Menurut beliau, daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor, perhatian perlu diberikan pada kerusi N44 DUN Larkin dan N09 DUN Gambir.
N44 DUN Larkin
DUN Larkin, jelas Mohd Izani, menarik kerana bukan sahaja menyaksikan pertembungan enam penjuru, sebaliknya, di kerusi itu juga parti politik baharu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meletakkan calon mereka yang tidak mendapat persefahaman PKR.
Kawasan itu menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu dari parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), MUDA, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Bebas.
Pada PRN Johor, BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, 38, sementara PH meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48.
PN pula mencuba nasib dengan meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, 44, manakala Pejuang mencalonkan Mohamad Riadz Hashim, 49.
MUDA meletakkan harapan ke atas Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar, 28, sekali gus melihat pertembungan antara parti itu dengan PKR.
Manakala calon bebas Norramadan Buan, 46 turut bertanding di kerusi DUN itu.
N09 DUN Gambir
Dalam pada itu, turut menjadi perhatian, jelas Mohd Izani ialah kerusi N09 DUN Gambir yang menyaksikan kerusi tradisi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Juga saya tertarik dengan DUN Gambir kawasan tradisi Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dan boleh dikatakan ini juga kubu kuat parti Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin tidak bertanding (sebaliknya) meletakkan calon baharu.
"Maka ini menjadi titik tolak masa depan Bersatu. Kalau Bersatu menang di Gambir ini mungkin mengambarkan Bersatu itu masih ada di Johor, tetapi kalau tewas dengan calon lain, ia mungkin menimbulkan petanda atau teka-teki masa depan Bersatu khususnya di Johor," jelas Mohd Izani dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Proses penyerahan borang calon libatkan 56 kerusi berakhir 10 pagi
Selain Gambir, turut dijangka menjadi kerusi panas antaranya DUN Benut, Maharani, Tiram dan Puteri Wangsa.
PRN Johor menyaksikan seramai 2,597,742 daftar pemilih akan menunaikan tanggungjawab pada 12 Mac ini dengan 1,084 pusat mengundi dibuka dan melibatkan 4,720 saluran.
Fareez Azman
Sat Feb 26 2022

Daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor, perhatian perlu diberikan pada kerusi N44 DUN Larkin dan N09 DUN Gambir. - Gambar BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.