KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kertas siasatan dibuka berkaitan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya melibatkan fitnah, khianat dan kesalahan merosakkan bahan kempen calon.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A. Skandaguru berkata kes terbabit dilaporkan di empat negeri semalam dengan Negeri Sembilan sebanyak dua kertas siasatan dibuka diikuti Pulau Pinang, juga dua kertas siasatan, manakala Kedah dan Terengganu masing-masing satu.
"Di Seremban, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan khianat melibatkan kerosakan sebuah khemah bilik gerakan sebuah parti politik yang disimbah air bercampur minyak di Garden Home dan empat bahan kempen (iaitu papan iklan) seorang calon Bebas telah dirosakkan di sekitar Sikamat dan Paroi Jaya.
"Di Butterworth, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 379 KK kerana mencuri melibatkan bahan kempen iaitu bendera dan sepanduk telah tiada di gelanggang bola keranjang Taman Bagan serta sepanduk ceramah telah dikoyakkan oleh seorang individu yang tidak dikenal pasti," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata di Terengganu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 KK kerana kesalahan khianat dengan api apabila satu poster milik calon bertanding di Marang telah dibakar.
"Di Sik, Kedah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana kesalahan mengembangkan permusuhan, Seksyen 500 KK kerana fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Ia dikatakan apabila seorang pengadu menonton satu video di Facebook yang memaparkan sedutan ucapan seorang calon sebuah parti politik yang mengandungi gambar pengadu dengan perkataan Makan Kenduri UMNO Masuk Neraka. Pengadu mengatakan ia satu fitnah bagi memburukkan namanya sebagai Ketua Pemuda sebuah parti politik di kawasan Sik," katanya.
Beliau berkata semalam juga polis telah menerima keseluruhan 137 laporan dengan Selangor mencatat angkat tertinggi sebanyak 65 laporan.
"Ia diikuti Kelantan (29), Terengganu (23), Negeri Sembilan (12) dan Pulau Pinang mencatatkan lima laporan manakala Kedah tiga laporan," katanya.
Skandaguru berkata polis turut meluluskan 385 permit ceramah dengan Kedah sebanyak 87 diikuti Terengganu (75), Kelantan (73), Selangor (67), Negeri Sembilan (48) dan Pulau Pinang (35).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Kes terbabit dilaporkan di empat negeri semalam dengan Negeri Sembilan sebanyak dua kertas siasatan dibuka diikuti Pulau Pinang, juga dua kertas siasatan, manakala Kedah dan Terengganu masing-masing satu. - Gambar fail/PDRM
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.