SEREMBAN: DAP pada Ahad mengumumkan 11 calon termasuk seorang muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bulan depan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketika mengumumkan perkara itu, turut mengesahkan bahawa beliau akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah manakala calon muka baharu Desmond Sian Meow Kong bertanding di DUN Rahang.
Turut dicalonkan Teo Kok Seong (Bahau), J. Arul Kumar (Nilai), Chew Seh Yong (Lobak), Ng Chin Tsai (Temiang), Nicole Tan ( Bukit Kepayang), Yap Yew Weng (Mambau), P. Gunasegaran (Seremban Jaya ), Choo Ken Hwa (Lukut) dan S. Veerapan (Repah).
"Negeri Sembilan merupakan negeri yang kita telah menang atas semangat Pakatan Harapan (PH) pada 2018. Saya anak Negeri Sembilan, membesar di negeri ini, politik bermula di sini, sudah tentu Negeri Sembilan dekat di hati saya.
"Kebanyakan 11 kerusi ini kita kekalkan 10 status quo cuma hanya satu kerusi di Rahang (calon baharu), kebanyakan calon DAP di Negeri Sembilan masih muda daripada usia 30-an hingga awal 60-an," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon pada Majlis Pengenalan Calon PH di sini malam Ahad.
Beliau berkata DAP hanya bertanding di empat negeri dan akan mengumumkan calon parti itu di Selangor esok diikuti Pulau Pinang serta Kedah, masing-masing pada Selasa ini.
"Malam ini ia bukan soal calon DAP, soal calon Amanah atau Keadilan tetapi hanya PH kerana kita mewakili PH, kita masuk bertanding dengan logo PH," katanya.
Pada Jumaat lepas, Barisan Nasional mengumumkan 17 calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan diikuti pengumuman enam calon PKR oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR dan dua calon Amanah oleh Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini.
Loke berkata kesemua calon perlu mempertahan kerajaan negeri sekali gus mengekalkan Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Amanah yang menyerahkan satu kerusi yang disandang parti itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu DUN Lenggeng.
"Saya faham ada yang kecewa tapi kita sama-sama berkorban, bukan sahaja Amanah tetapi DAP juga ada hilang kerusi di Selangor, PKR juga ada serahkan kerusi kepada BN, begitu juga BN... jadi, kita sama-sama ada semangat pengorbanan.
"Kita menunjukkan komitmen semangat berpasukan... kita kena faham kita ada misi dan tugas besar iaitu pastikan kerajaan ini menang... kita pertahankan kerajaan negeri ini sekali gus boleh pertahankan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Berikut adalah senarai calon DAP di Negeri Sembilan:
N01 Chennah - Anthony Loke
N08 Bahau - Teo Kok Seong
N10 Nilai J. Arul Kumar
N11 Lobak - Chew Seh Yong
N12 Temiang - Ng Chin Tsai
N21 Bukit Kepayang - Nicole Tan
N22 Rahang - Desmond Sian Meow Kong
N23 Mambau - Yap Yew Weng
N24 Seremban Jaya - P. Gunasegaran
N30 Lukut - Choo Ken Hwa
N36 Repah - S. Veerapan
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Loke berkata, DAP hanya bertanding di empat negeri dan akan mengumumkan calon parti itu di Selangor pada Isnin diikuti Pulau Pinang serta Kedah, masing-masing pada Selasa ini. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.