Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menikmati kemajuan dari segi pendidikan dan infrastruktur sekiranya calon Barisan Nasional (BN) diberi kesempatan untuk mewakili mereka dalam Pilihan Raya Kecil DUN itu.

Dalam temubual bersama wartawan Astro AWANI Abdul Hakim Rahman dalam buletin Awani745, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi jaminan tersebut selaku Ahli Parlimen Jerai.


Beliau berkata BN sememangnya parti yang mendengar permintaan daripada semua anak-anak tempatan, termasuklah penyokong PAS.

Sementara itu,Awani745 turut meneliti beberapa isu yang dibangkitkan dalam PRK Sungai Limau, dan adakah ia menjadi penentu keputusan undian pada Isnin nanti.

Menurut pengarah IDEAS, Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad berkata pengundi Cina bermungkinan menjadi penentu keputusan PRK esok, walaupun bilangan mereka tidak melebihi 2,000 orang.

Buat penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali pula, isu-isu nasional seperti kenaikan harga barang serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi tumpuan, selain isu tempatan seperti pertanian.