PRK Sg Limau: Calon-calon selesai mengundi

Bernama
November 4, 2013 01:41 MYT
Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau selesai mengundi pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan isteri mengundi di Sekolah Kebangsaan Dulang di sini pada 8.47 pagi manakala Mohd Azam Abd Samat, 37, daripada PAS selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pukul 8.30 pagi.
Sehingga 9 pagi ini, perjalanan PRK lancar dengan polis mengawal lalu lintas di 17 pusat mengundi dan kawasan sekitarnya.
Para pengundi mula memenuhi pusat mengundi sejak 7 pagi manakala penyokong kedua-dua parti turut berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada parti masing-masing.
#Ahmad Sohaimi Lazim #Mohd Azam Abd Samat #prk sungai limau