PRK Semenyih 2 Mac ini
Rahimah Abdullah
Januari 18, 2019 10:40 MYT
Januari 18, 2019 10:40 MYT
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Feb manakala pengundian awal pada 26 Feb.
Kerusi DUN Semenyih kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi pada 11 Jan lalu di Hospital Kajang akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).
Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.