PRK N.25 Kajang: Masih ada pemimpin PAS tidak puashati

Irwan Muhammad Zain
Februari 3, 2014 06:30 MYT
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan terus mempertikaikan langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Status di laman Facebooknya bertajuk 'Cerita Satay Kajang' dilihat seolah-olah beliau menyindir Anwar biarpun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiuasaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali meminta supaya semua ahli parti itu memberi sokongan kepada Anwar.
Tulisan Nasrudin di laman Facebooknya itu mendapat reaksi yang berbagai-bagai dari orang ramai yang memberi komen untuk statusnya itu.

Cerita Satay Kajang Ada yang jadi lidi satay kajang, ada yang jadi bara api membakar satay kajang, ada yang jadi... http://t.co/02WdWEISg5

— Nasrudin bin Hassan (@Tantawi100) February 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Nasrudin pada Ahad, di akaun Twitternya menulis mengenai sikap ahli politik yang didakwanya menyebabkan pentas politik di lihat buruk.
Tulisannya, 'Ahli politik yang suka kencing merata inilah membuatkan pentas politik menjadi hancing', ketika isu Anwar mahu bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Kajang masih panas, dilihat seolah-olah masih tidak berpuashati dengan tindakan PKR.

Ahli politik yang suka kencing merata inilah membuatkan pentas politik menjadi hancing.

— Nasrudin bin Hassan (@Tantawi100) February 1, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, sebaik sahaja Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Kajang, Nasrudin mmebuat kenyataan mengecam tindakan PKR itu.
#Anwar Ibrahim #BN #DUN #Kajang #Khalid Ibrahim #pilihan raya kecil #PKR #PR