PRK DUN Pujut Sarawak 4 Julai, penamaan 20 Jun - SPR

Hans Yusoff
Mei 19, 2017 12:30 MYT
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut mengumumkan 20 Jun depan sebagai tarikh penamaan calon. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan 4 Julai sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Sarawak sekiranya ada pertandingan.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut mengumumkan 20 Jun depan sebagai tarikh penamaan calon.
Kerusi DUN Pujut kosong susulan pemecatan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP, Dr Ting Tiong Choon.
Usul perlucutan Tiong Choon dibuat pada 12 Mei lalu selepas didapati mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
#DAP #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #Ting Tiong Choon
;