PAS menolak sekeras-kerasnya kempen pilihan raya yang menyentuh soal-soal peribadi calon dalam Pilihan Raya Kecil N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kali ini.
Calonnya Azlan Yusof, 48 atau lebih dikenali sebagai Che Long memberitahu bahawa diharapkan dengan keberkatan bulan Ramadan ini tiadalah adanya kempen yang mencaci dan menyentuh soal-soal peribadi calon.
“Jikalau boleh tidak payahlah kempen yang menyentuh peribadi calon. Seelok-eloknya kita berkempen secara ‘gentleman’ atas dasar parti dan demi rakyat.
"PAS berjuang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, jadi perkara-perkara tidak baik sebegini tidak perlulah kita lakukan,” katanya kepada pemberita sejurus pengumuman calon-calon yang bakal bertanding untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut pagi tadi.
“Kita disini pun bukan orang lain tetapi kawan-kawan juga. Malah, Datuk Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) juga merupakan kawan kita juga,” kata beliau lagi.
Malah niat murni beliau bertanding bukanlah kerana wang tetapi adalah untuk membalas dan membantu rakyat yang banyak menyokong dan membantu beliau sebelum ini.
Azlan merupakan bekas ahli Umno Kuala Besut tetapi kemudian bertukar pandangan politiknya dengan menyertai Pas pada 1997.
Meskipun mengakui sedikit berasa gementar selepas proses penamaan calon tadi, beliau bagaimanapun akan terus berjuang dalam membawa wadah rakyat Kuala Besut.
Beliau bakal menentang calon Barisan Nasional yang juga merupakan anak tempatan kelahiran Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini terpaksa diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Aizat Sharif
Fri Jul 12 2013
![PRK DUN Kuala Besut: PAS tolak kempen pilihan raya sentuh soal peribadi PRK DUN Kuala Besut: PAS tolak kempen pilihan raya sentuh soal peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373411479_295x200.jpg)
![Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721227164_TBTIKAM.jpg)
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.
![Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan memperhalusi gaji premium bagi graduan TVET dijangka mampu diperluas ke negeri lain.
AWANI 7:45 [17/07/2024] - Jangan lebarkan kaya dan miskin | Suspek belum digantung tugas | Baki kontrak setahun | Risiko tiada wang persaraan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
![Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721226300_TBBUNUHRTEMAJA.jpg)
Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082994_PauMartiVicenteF.jpg)
Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan
Pengulas Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Pas 'gam' calon beri kenyataan jelas takut dari tersilap cakap sekali lagi Pas 'gam' calon beri kenyataan jelas takut dari tersilap cakap sekali lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373721777_295x200.jpg)
Pas 'gam' calon beri kenyataan jelas takut dari tersilap cakap sekali lagi
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu mungkin kerana Pas takut calonnya itu mungkin tersalah cakap ketika ditanya pemberita.