PRK Chini: Calon BN, dua calon bebas serah borang
Fareez Azman
Jun 20, 2020 10:04 MYT
Jun 20, 2020 10:04 MYT
Tiga calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan pagi ini.
Calon bebas yang juga aktivitis, Mohd Syukri Mohd Ramli, 49 tahun, tiba pada jam 8.30 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.
Dia kemudiannya menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi.
Manakala seorang lagi calon bebas yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64 tahun, tiba jam 8.35 pagi dan menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi.
Calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41 tahun, yang tiba pada jam 8.50 pagi, selesai menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi.
Setiap calon diambil suhu badan, disanitasi tangan oleh petugas keselamatan, malah diwajibkan memakai pelitup muka.
Terdahulu, Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Datuk Zaliza Zulkifli mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan dibuka tepat jam 9 pagi dan berakhir jam 10 pagi.
Sebelum ini, SPR mengesahkan 10 borang pencalonan telah dijual.
#Barisan Nasional
#Bebas
#borang
#calon
#DUN Chini
#Felda
#IKBN Pekan
#Mohd Sharim Md Zain
#penamaan calon
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Chini
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Zaliza Zulkifli