Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang dilaksanakan dalam keadaan kebiasaan baharu boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan pilihan raya lain di negara ini untuk berjalan dalam suasana amat tenang dan harmoni.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata sejak hari penamaan calon pada 20 Jun lepas sehingga hari pengundian semalam, tiada insiden tidak diingini berlaku mahupun kejadian yang boleh menggugat keselamatan menyebabkan beliau secara peribadi amat berpuas hati dengan perjalanan PRK itu.
"Tapi apa yang paling penting ialah semua pihak termasuk pengundi amat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diperkenalkan pada PRK ini memandangkan negara masih berada dalam situasi pandemik wabak COVID-19.
"Kita berterima kasih kepada semua kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sekali gus membantu memudahkan tugasan polis," katanya kepada Bernama.
Abd Jalil berkata seramai 718 pegawai dan anggota daripada kontinjen Pahang ditugaskan sepanjang PRK itu berlangsung dan pihaknya hanya menerima dua laporan polis setakat malam tadi.
Laporan itu melibatkan kelakuan penyokong seorang calon yang didakwa membuat bising pada hari penamaan calon dan laporan oleh seorang calon Bebas yang mendakwa gambarnya disalah guna kononnya dirinya mewakili sebuah parti politik yang tidak bertanding pada PRK itu.
Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh 13,872 undi menewaskan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli memperoleh 137 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 05 2020

Seramai 718 pegawai dan anggota daripada kontinjen Pahang ditugaskan sepanjang PRK itu berlangsung dan pihaknya hanya menerima dua laporan polis. --fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Polis turut merampas antara lain 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.

19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.

Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.

Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.

PDRM, ASEANAPOL tingkat risikan buru sindiket penipuan dalam talian di Kemboja
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan ahli kumpulan sindiket berkenaan.

Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.

Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.

Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Kali terakhir beliau dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir Tommy Thomas.