Prestasi Kewangan Tabung Haji dari 2012-2016

Malik Ridhwan, Isabelle Leong, Yuzir Harafi
Disember 9, 2018 07:00 MYT
Kita imbas kembali laporan prestasi kewangan dari TH dari tahun 2012 hingga 2017.
Perlantikan empat anggota lembaga pengarah baharu Lembaga Tabung Haji (TH) yang diumum Ogos lalu, dijangka dapat membantu mengembalikan kegemilangan institusi itu sebagai institusi yang disegani dan diyakini rakyat Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika mengumumkan perkara itu berkata barisan anggota lembaga pengarah ini seterusnya akan turut dapat memulihkan imej TH daripada sudut perniagaannya pada masa akan datang.
Mereka ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim.
Apa kata kita imbas kembali laporan prestasi kewangan dari TH dari tahun 2012 hingga 2016:
#laporan #Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 #pelaburan #prestasi kewangan #rosot #Tabung Haji #TH
;