Presma sokong larangan merokok tetapi dengan syarat...
Isabelle Leong
November 25, 2018 19:54 MYT
November 25, 2018 19:54 MYT
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyokong penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan tetapi dengan satu syarat.
Timbalan Presiden Presma, Toulath Ameer Hamzah berkata pihaknya menyokong langkah tersebut namun berharap agar kerajaan dapat memberi tidak mengenakan denda ke atas pemilik restoran.
Jelasnya, pengusaha restoran hanya boleh menasihati pelanggan tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya tidak merokok di restoran mereka.
“Kita setuju dan alu-alukan larangan tersebut tetapi kita ingin memohon kerajaan agar tidak mengenakan denda ke atas kami (pengusaha restoran).
“Kita boleh menasihati mereka tetapi kita tidak boleh memaksa mereka untuk meninggalkan restoran kita. Kita tidak boleh menghalau.
“Jika kita menghalau mereka, mereka boleh mengenakan tindakan undang-undang ke atas kita,” kata Toulath semasa menjadi tetamu rancangan Debat AWANI pada Ahad.
Tegasnya, kerajaan adalah pihak yang memainkan peranan yang penting dalam mengambil tindakan ke atas perokok ini dan bukannya pemilik restoran.
#kerajaan
#makanan
#Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia
#Premis
#Presma
#Toulath Ameer Hamzah
#undang-undang