Presiden PBDSB meninggal dunia

Bernama
Mac 7, 2019 11:18 MYT
Cobbold John Lusoi pada usia 57 tahun akibat serangan jantung.
PRESIDEN Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Cobbold John Lusoi meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung.
Setiausaha Agung parti, Anthony Nais berkata, Cobbold, 57, meninggal dunia pada pukul 7 pagi Khamis di kediamannya di Kuala Lumpur.
Cobbold yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang sains pertanian daripada sebuah universiti di New Zealand juga merupakan aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Menurut Anthony, mendiang bertanding di kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun tewas.
Katanya, Cobbold juga pernah bertanding enam kali bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebelum ini dan tewas dalam kesemuanya.
#Cobbold John Lusoi #Hak Adat Bumiputera #Parti Bansa Dayak Sarawak Baru #Pilihan Raya Umum ke-14 #Presiden PBDSB meninggal dunia #Sarawak
;