Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan tipu jualan dokumen - Hamzah
Umavathi Ramayah
Jun 30, 2022 16:55 MYT
Jun 30, 2022 16:55 MYT
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd Arshaf Abdul Mualap didakwa di Mahkamah Shah Alam di sini, kerana terbabit dalam aktiviti penipuan penjualan kad program pengumpulan data maklumat dokumentasi orang tiada kewarganegaraan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad, 46, dan rakannya, Mohamad Amkah Ahmad, 48, ditahan di Subang Jaya, pada 22 Jun lalu.
"Mohd Arshaf mendaftarkan parti itu pada 2017 dan dipercayai menggunakan partinya itu untuk mendapat kepentingan diri beliau sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini ini.
"Jangan lagi percaya dengan sindiket seumpama ini, buat masa ini kerajaan kita tidak penah mengarahkan mana-mana individu untuk mengeluarkan kad yang dikeluarkan mana-mana sindiket sama ada di Sabah atau Semenanjung Malaysia. Saya nak maklumkan tidak ada langsung kita membenarkan sesiapa.
"Kalau satu masa itu ada, kita akan umumkan. Setakat ini langsung tidak ada sesiapa yang boleh mengeluarkan mana-mana kad," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Khamis.
#Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
#Hamzah Zainuddin
#penipuan kewarganegaraan
#Parti Perpaduan Rakyat Sabah
#KDN